Selasa, 28 April 2015

Ciri-ciri Anda Mengandung Anak Kembar

Ciri-ciri Anda Mengandung Anak Kembar

Mengandung kembar merupakan kebahagian dan keistimewaan bagi ibu. Untuk kehamilan kembar harus diberikan perhatian yang lebih bagi ibu dan anak. Hamil kembar atau boleh disebut juga kehamilan ganda atau kehamilan berganda, iaitu keadaan dua janin atau lebih dalam rahim Ibu secara bersamaan. Kehamilan kembar boleh saja terjadi kerana faktor keturunan.
Untuk kehamilan kembar biasanya risiko yang akan dihadapi memang lebih tinggi dari pada kehamilan tunggal. Tapi bagi Ibu dengan kehamilan kembar tidak perlu bimbang, asalkan selama masa kehamilan rajin memeriksa kandungan dan selalu memutuhi apa yang disyorkan oleh doktor kandungan maka dalam persalinan akan berjalan dengan lancar.
Lalu bagaiaman cara mengetahui bahawa anda sedang mengandung bayi kemabr atau tidak? Berikut ciri-ciri ibu yang mengandung anak kembar yang boleh dilihat secara kasat mata:

1. Morning sickness
Mengalami muntah-muntah atau yang biasa disebut morning sickness yang lebih parah dari kehamilan tunggal. Hal tersebut terjadi kerana kadar hormon HCG yang meningkat dua kali ganda dari hamil tunggal.

2. Berat badan
Untuk berat badan, pada trimester pertama, berat badan akan mengalami kenaikan yang cepat kerana Ibu mengandung lebih dari satu janin. Lalu pada trimester kedua, Ibu akan kesulitan dalam bernafas, bengkak pada kaki dan tangan, cepat letih, anemia, pembesaran rahim yang berlebihan atau tidak normal, sering buang air kecil dan pembengkakan payudara.

3. Keadaan rahim
Dengan bertambahnya usia kehamilan rahim juga akan membesar. Pada kehamilan kembar rahim akan kelihatan lebih besar. Saat diperikas maka akan terdapat dua detang jantung yang berasingan sehingga usia kehamilan 2 minggu. Selain itu, kadar Alpha Fetorotein atau AFP juga akan meningkat.
Pemeriksaan yang kerap perlu dilakukan oleh para ibu yang mengandung janin kembar sebab hal ini akan membantu mengetahui perkembangan janin dan agar terhindar dari komplikasi yang muncul pada kehamilan kembar. Agar kehamilan berjalan lancar sering melakukan kunjungan Antenatel Care. Makan makanan yang berkhasiat terutama yang banyak mengandungi zat besi dan asid folik yang baik bagi perkembangan janin.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Arsip Blog